Aria

19 hari yang tinggal

Melabur dalam Pendidikan Sejarah

Dengan menyokong badan amal Yayasan Sejarah Dunia kami, anda melabur dalam masa depan pendidikan sejarah. Sumbangan anda membantu kami memperkasakan generasi akan datang dengan pengetahuan dan kemahiran yang mereka perlukan untuk memahami dunia di sekeliling mereka. Bantu kami memulakan tahun baru bersedia untuk menerbitkan maklumat sejarah yang lebih dipercayai, percuma untuk semua orang.
$149 / $10000

Inti Sari

Antoine Simonin
oleh , diterjemahkan oleh Amir Zayyanid
diterbitkan pada 19 January 2013
Terdapat dalam bahasa lain: Bahasa Inggeris, Perancis, Parsi, Sepanyol, Turki
Dengarkan artikel ini
X
Cetak Artikel
Achaemenid Empire Map (by Fabienkhan, CC BY-SA)
Peta Empayar Achaemenid
Fabienkhan (CC BY-SA)

Aria (atau Areia) kebiasaannya difahami sebagai kawasan di sekitar Sungai Areios, kini Hari Rud di Afghanistan (Arrian, Anabasis IV.6.6). Bahagian utara kawasan ini dikelilingi oleh Margiana dan Baktria, iaitu tempat bermuaranya Sungai Margos; gurun Carmania yang luas di sebelah barat; wilayah Drangiana di sebelah selatan; dan pergunungan Paropamisadai di bahagian timur. Sungai Areios merupakan nadi yang mengairi seluruh rantau berkenaan: wilayah Aria hampir sepenuhnya mirip dengan Herat moden dari segi kemajuan, sekaligus membuktikan betapa signifikannya Sungai Areios dalam sejarah.

Belahan wilayah Aria yang paling subur adalah daratan kecil yang terbentang kira-kira 150 km di sepanjang tebing kiri dan kanan Areios. Di sepanjang laluannya pula terdapat lembah selebar 25 km, yang turut menempatkan beberapa buah tasik sebagaimana yang disebutkan di dalam Avesta (Vendidad, Fargard I.9). Apapun, memandangkan ia terhubung secara langsung dengan sungai, wilayah tersebut terkenal sebagai tanah yang subur dan menghasilkan arak yang dianggap sebagai antara yang paling berkualiti di dunia. Ibu kota wilayah tersebut adalah Alexandria di Aria (Herat moden), atau Artacoana di zaman silam. Menurut Ptolemy (VI.17), wilayah tersebut dibahagikan antara kawasan berhampiran sungai yang dihuni oleh warga Aria di bandar-bandar dan kampung-kampung, dan suku-suku nomad di pergunungan dan gurun-gurun berhampiran. Ptolemy turut menyenaraikan banyak nama bandar yang ada di sana, sekaligus mengesahkan kedudukan wilayah tersebut sebagai sebuah wilayah yang berpengaruh pada waktu itu.

Sisihkan Iklan
Pengiklanan

Sejarah

Populasi Aria terbahagi antara masyarakat yang mendiami bandar-bandar di tanah landai dan masyarakat nomad yang hidup di kawasan gurun dan pergunungan. Sejarah wilayah ini juga memperlihatkan kisah yang hampir serupa baik semasa ia berada di bawah pemerintahan Parsi, Greek, Parthia, dan Saka. Walaupun tidak banyak yang diketahui tentang sejarah awal Aria, wilayah tersebut diserap sebagai satrapi Parsi semasa ia ditakluki oleh Cyrus Agung. Artacoana (Herat moden) dijadikan sebagai ibu kota di rantau itu. Pada ketika itu, Aria merupakan wilayah penting bagi Empayar Achaemenid (c. 550-330 SM), dan Strabo (XI.10.1) sendiri mencatatkan bahawa Drangiana merupakan pusat pentadbiran bagi wilayah Aria. Warga Aria dipercayai menerima pengaruh yang kuat daripada Scythia di utara, dan gambaran tentang warga Aria boleh dilihat dalam kesenian Achaemenid di Susa dan Persepolis.

Semasa Alexander Agung menyerang Asia Tengah, beliau mengunjungi Aria pada tahun 330 SM dan kedatangannya itu disambut oleh seorang satrap bernama Satibarzanes.

Semasa Alexander Agung menyerang Asia Tengah, beliau mengunjungi Aria pada tahun 330 SM dan kedatangannya itu disambut oleh Satibarzanes, satrap yang mentadbir kawasan tersebut. Arrian (Anabasis III. 25) menceritakan kepada kita betapa Satibarzanes mengkhianati Alexander sekaligus memaksa pasukan Macedonia untuk mengepung Artacoana. Alexander sendiri memanfaatkan jentera-jentera pengepungan untuk menakluk Artacoana dan kotanya: warga kota pula sama ada dibunuh atau dijual sebagai hamba. Kota tersebut kemudian dibina semula dan dinamakan sebagai Alexandria. Aria kemudian menjadi wilayah Empayar Seleucid (312-63 SM) yang paling timur, namun tidak berapa lama sesudah berlakunya peperangan antara Chandragupta Maurya dan Seleucus I Nicator pada tahun 303 SM, sebahagian daripadanya diserahkan kepada raja India itu (Strabo XV.2-9).

Sisihkan Iklan
Pengiklanan

Semasa Diodotos memerdekakan Baktria pada tahun 250 SM, Aria dikuasai oleh Yunani-Baktria. Aria juga menjadi medan kepada satu-satunya pertempuran melibatkan raja Yunani-Baktria yang kita ketahui, iaitu pertempuran antara Euthydemos dan Antiochos III. Dalam pertempuran tersebut, pasukan katafrak Euthydemos tewas di tangan pasukan kavalri Seleucid (Polybius, “Histories”, X.27-31). Sumber-sumber yang memerihalkan sejarah lanjut Aria tidak banyak, namun wilayah itu dipercayai terus berada dalam penguasaan Yunani sehinggalah Parthia menyerang wilayah-wilayah naungan Baktria pada tahun 140an SM. Pada dekad-dekad berikutnya, kumpulan-kumpulan masyarakat dari Saka yang diusir oleh Yuezhei yang datang dari utara mula menempati wilayah tersebut. Sejauh mana penguasaan Saka di Aria tidak kita ketahui, namun wilayah itu terus dinaungi oleh Parthia semenjak era Mithridates, sebelum kemudiannya berada dalam kekuasaan Kushan.

Sisihkan Iklan
Pengiklanan

Daftar Pustaka

Ensiklopedia Sejarah Dunia adalah Associate Amazon dan memperoleh komisen untuk pembelian buku yang layak.

Darihal Penterjemah

Amir Zayyanid
Penulis dan penterjemah bebas di The Patriots Malaysia, Kuala Lumpur

Darihal Penulis

Antoine Simonin
Passionate about ancient Central Asia. Maintains the website From Bactria to Taxila. Works in the Europa Barbarorum project.

Nyatakan Kerja Ini

Gaya APA

Simonin, A. (2013, January 19). Aria [Aria]. (A. Zayyanid, Penterjemah). World History Encyclopedia. Diperolehi dari https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-10501/aria/

Gaya Chicago

Simonin, Antoine. "Aria." Diterjemahkan oleh Amir Zayyanid. World History Encyclopedia. Terakhir diubah suai January 19, 2013. https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-10501/aria/.

Gaya MLA

Simonin, Antoine. "Aria." Diterjemahkan oleh Amir Zayyanid. World History Encyclopedia. World History Encyclopedia, 19 Jan 2013. Web. 12 Dec 2024.