Baktria

Inti Sari

Jan van der Crabben
oleh , diterjemahkan oleh Amir Zayyanid
diterbitkan pada 28 April 2011
X
translations icon
Terdapat dalam bahasa-bahasa lain: Bahasa Inggeris, Turki, Bahasa Arab, Sepanyol, Bahasa Cina, orang Serbia, Portugis
Map of the Greco-Bactrian Kingdom (by PHGCOM, CC BY-SA)
Peta Kerajaan Greco-Bactrian
PHGCOM (CC BY-SA)

Baktria merupakan sebuah wilayah naungan Empayar Parsi yang terletak di Afghanistan, Uzbekistan, dan Tajikistan moden.

Selepas kekalahan yang dialami oleh Darius III si raja Parsi, Baktria terus-menerus memberikan penentangan terhadap Alexander Agung, dengan diketuai oleh Bessus, tokoh yang mengisytiharkan dirinya sebagai pengganti Darius. Walau menghadapi banyak kesukaran, Alexander berjaya menakluki Baktria pada tahun 329-327 SM, menerusi campur tangan pasukan tentera bantuan tempatan. Ketika berada di sana, Alexander mengahwini seorang wanita Baktria, iaitu Roxanne, bagi mengukuhkan lagi kekuasaannya di wilayah itu.

Sisihkan Iklan

Advertisement

Selepas kemangkatan Alexander, Baktria menjadi sebahagian daripada Empayar Seleucid. Ancaman demi ancaman yang perlu ditangani oleh raja-raja Seleucid dan serangan-serangan yang dilancarkan oleh Ptolemy II dari Mesir ke atas empayar berkenaan memberikan peluang kepada Diodotus, satrap yang mentadbir Baktria, untuk mengisytiharkan kemerdekaan (sekitar tahun 255 SM) dan menakluk Sogdiana seterusnya menubuhkan Kerajaan Indo-Yunani.

Sisihkan Iklan

Pengiklanan

Darihal Penterjemah

Amir Zayyanid
Penulis dan penterjemah bebas di The Patriots Malaysia, Kuala Lumpur

Darihal Penulis

Jan van der Crabben
Jan is the Founder and CEO of World History Encyclopedia, leading the non-profit company to best fulfil its mission to engage people with cultural heritage and to improve history education worldwide. He holds an MA War Studies from King's College.

Cite Kerja Ini

Gaya APA

Crabben, J. v. d. (2011, April 28). Baktria [Bactria]. (A. Zayyanid, Penterjemah). World History Encyclopedia. Diambil dari https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-291/baktria/

Gaya Chicago

Crabben, Jan van der. "Baktria." Diterjemahkan oleh Amir Zayyanid. World History Encyclopedia. Terakhir diubah suai April 28, 2011. https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-291/baktria/.

Gaya MLA

Crabben, Jan van der. "Baktria." Diterjemahkan oleh Amir Zayyanid. World History Encyclopedia. World History Encyclopedia, 28 Apr 2011. Web. 21 May 2022.