Dinasti Diodotid

Inti Sari

Antoine Simonin
oleh , diterjemahkan oleh Amir Zayyanid
diterbitkan pada 28 April 2011
X
translations icon
Terdapat dalam bahasa lain: Bahasa Inggeris
Diodotus I (by PHGCOM, CC BY-SA)
Diodotus I
PHGCOM (CC BY-SA)

Dinasti Diodotid merupakan sebuah dinasti Yunani-Baktria yang mempunyai dua orang pemerintah, iaitu Diodotos I dan puteranya, Diodotos II. Pemerintahan dinasti ini berlangsung pada tahun 250 SM hingga 230 SM. Walaupun tempohnya agak singkat, ia dianggap cukup signifikan lantaran Diodotos I adalah raja Yunani-Baktria yang pertama. Jata syiling bagi dinasti ini adalah Zeus bersama Kilatnya yang sabung-menyabung.

Pada mulanya, Diodotos adalah satrap Seleucid di wilayah Baktria. Namun beberapa tempoh kemudian, beliau menentang pemerintahan raja Seleucid, Antiochos II dan mengambil kesempatan di atas peperangan yang berlaku antara empayar Seleucid dan Ptolemaic untuk menubuhkan dinastinya sendiri. Beliau juga sempat memerangi raja-raja Seleucid dan Parni/Parthia, namun pada era pemerintahan puteranya, Dinasti Diodotid dan Parthia menjalinkan persekutuan. Dinasti Diodotid berakhir apabila Diodotos II digulingkan oleh Euthydemos yang kemudian menubuhkan dinastinya sendiri, iaitu Dinasti Euthydemid.

Sisihkan Iklan
Advertisement

Sisihkan Iklan
Pengiklanan

Darihal Penterjemah

Amir Zayyanid
Penulis dan penterjemah bebas di The Patriots Malaysia, Kuala Lumpur

Darihal Penulis

Antoine Simonin
Passionate about ancient Central Asia. Maintains the website From Bactria to Taxila. Works in the Europa Barbarorum project.

Nyatakan Kerja Ini

Gaya APA

Simonin, A. (2011, April 28). Dinasti Diodotid [Diotid Dynasty]. (A. Zayyanid, Penterjemah). World History Encyclopedia. Diperolehi dari https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-789/dinasti-diodotid/

Gaya Chicago

Simonin, Antoine. "Dinasti Diodotid." Diterjemahkan oleh Amir Zayyanid. World History Encyclopedia. Terakhir diubah suai April 28, 2011. https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-789/dinasti-diodotid/.

Gaya MLA

Simonin, Antoine. "Dinasti Diodotid." Diterjemahkan oleh Amir Zayyanid. World History Encyclopedia. World History Encyclopedia, 28 Apr 2011. Web. 18 Apr 2024.