Baktria

Jan van der Crabben
oleh , diterjemahkan oleh Amir Zayyanid
diterbitkan pada
Translations
Cetak PDF
Map of the Greco-Bactrian Kingdom (by PHGCOM, CC BY-SA)
Peta Kerajaan Yunani-Bactrian PHGCOM (CC BY-SA)

Baktria merupakan sebuah wilayah naungan Empayar Parsi yang terletak di Afghanistan, Uzbekistan, dan Tajikistan moden.

Selepas kekalahan yang dialami oleh Darius III si raja Parsi, Baktria terus-menerus memberikan penentangan terhadap Alexander Agung, dengan diketuai oleh Bessus, tokoh yang mengisytiharkan dirinya sebagai pengganti Darius. Walau menghadapi banyak kesukaran, Alexander berjaya menakluki Baktria pada tahun 329-327 SM, menerusi campur tangan pasukan tentera bantuan tempatan. Ketika berada di sana, Alexander mengahwini seorang wanita Baktria, iaitu Roxanne, bagi mengukuhkan lagi kekuasaannya di wilayah itu.

Selepas kemangkatan Alexander, Baktria menjadi sebahagian daripada Empayar Seleucid. Ancaman demi ancaman yang perlu ditangani oleh raja-raja Seleucid dan serangan-serangan yang dilancarkan oleh Ptolemy II dari Mesir ke atas empayar berkenaan memberikan peluang kepada Diodotus, satrap yang mentadbir Baktria, untuk mengisytiharkan kemerdekaan (sekitar tahun 255 SM) dan menakluk Sogdiana seterusnya menubuhkan Kerajaan Indo-Yunani.

Sisihkan Iklan
Pengiklanan

Sisihkan Iklan
Pengiklanan

Darihal Penterjemah

Amir Zayyanid
Penulis dan penterjemah bebas di The Patriots Malaysia, Kuala Lumpur

Darihal Penulis

Jan van der Crabben
Jan is the Founder and CEO of World History Encyclopedia. He holds an MA War Studies from King's College, and he has worked in the field of history-related digital media since 2006.

Nyatakan Kerja Ini

Gaya APA

Crabben, J. v. d. (2020, May 08). Baktria. (A. Zayyanid, Penterjemah). World History Encyclopedia. https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-291/baktria/

Gaya Chicago

Crabben, Jan van der. "Baktria." Diterjemahkan oleh Amir Zayyanid. World History Encyclopedia, May 08, 2020. https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-291/baktria/.

Gaya MLA

Crabben, Jan van der. "Baktria." Diterjemahkan oleh Amir Zayyanid. World History Encyclopedia, 08 May 2020, https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-291/baktria/.

Sisihkan Iklan