---
title: Oxus
author: Antoine Simonin
translator: Amir Zayyanid
source: https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-788/oxus/
format: machine-readable-alternate
license: Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike (https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0/)
updated: 2020-11-01
---

# Oxus

Ditulis oleh [Antoine Simonin](https://www.worldhistory.org/user/Deathfinger/)_
Diterjemahkan oleh [Amir Zayyanid](https://www.worldhistory.org/user/amirzayyanid)_

Oxus merupakan sebatang sungai yang bahagian baratnya kini dikenali dengan nama Amu Darya manakala bahagian timurnya disebut sebagai Wakhsh. Sungai ini mengalir sepanjang 2400 km melintasi beberapa buah negara moden seperti Tajikistan, Afghanistan, Turkmenistan, dan Uzbekistan hinggalah ke Tasik Aral. Pada zaman silam, sungai ini mengalir di sepanjang Fergana, [Baktria](https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-291/baktria/), Oxeiana, Sogdiana dan Khiva.

Oxus dan [Iaxartes](https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-638/iaxartes/) disifatkan sebagai sungai kembar kerana berkongsi destinasi, trajektori dan rupa sungai yang hampir serupa, di mana ia hanya mengairi kawasan yang kecil di tempat ia mengalir. Walau bagaimanapun, sama seperti Iaxartes, kewujudan Sungai Oxus membolehkan sistem pengairan berskala besar dibina sekaligus menjadi faktor utama yang menyumbang kepada kekayaan sejarah di rantau tersebut.

Sungai Oxus merupakan pusat bagi tamadun-tamadun dan kerajaan-kerajaan Baktria yang muncul secara bersilih-ganti. Ia turut berfungsi sebagai penanda sempadan antara satrapi Sogdiana milik Parsi di bahagian utara dan Baktria di bahagian selatan, sambil bahagian baratnya pula diduduki oleh suku-suku nomad. Beberapa buah kota turut ditubuhkan di situ, yang kebanyakannya lebih masyhur dengan nama Yunani, seperti Alexandria Oxeiana (Termez).

Menurut sejarah, Alexander Agung pernah merentasi Sungai Oxus sebanyak tiga kali sepanjang tahun 329 hingga 327 SM. Beberapa tempoh kemudian, bahagian timur Sungai Oxus membangun sebagai pusat kerajaan Yunani-Baktria, manakala bahagian baratnya terutama di Oasis Khiva menjadi wilayah milik suku Parni yang kemudiannya muncul sebagai tamadun Parthia yang bertanggungjawab menyerang Empayar Seleucid.

#### Editorial Review

This human-authored definition has been reviewed by our editorial team before publication to ensure accuracy, reliability and adherence to academic standards in accordance with our [editorial policy](https://www.worldhistory.org/static/editorial-policy/).

## Darihal Penulis

Passionate about ancient Central Asia. Maintains the website From Bactria to Taxila. Works in the Europa Barbarorum project.
- [Linkedin Profile](https://www.linkedin.com/in/antoine-simonin/52/685/a9a/e)

## Petik Karya Ini

### APA
Simonin, A. (2020, November 01). Oxus. (A. Zayyanid, Penerjemah). *World History Encyclopedia*. <https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-788/oxus/>
### Chicago
Simonin, Antoine. "Oxus." Diterjemahkan oleh Amir Zayyanid. *World History Encyclopedia*, November 01, 2020. <https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-788/oxus/>.
### MLA
Simonin, Antoine. "Oxus." Diterjemahkan oleh Amir Zayyanid. *World History Encyclopedia*, 01 Nov 2020, <https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-788/oxus/>.

## Lesen &amp; Hak Cipta

Dihantar oleh [Amir Zayyanid](https://www.worldhistory.org/user/amirzayyanid/ "User Page: Amir Zayyanid"), disiarkan pada 01 November 2020. Sila semak sumber asal untuk maklumat hak cipta. Sila ambil perhatian bahawa kandungan yang dipautkan dari halaman ini mungkin mempunyai terma lesen yang berbeza.

