---
title: Iaxartes
author: Antoine Simonin
translator: Amir Zayyanid
source: https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-638/iaxartes/
format: machine-readable-alternate
license: Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike (https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0/)
updated: 2020-04-20
---

# Iaxartes

Ditulis oleh [Antoine Simonin](https://www.worldhistory.org/user/Deathfinger/)_
Diterjemahkan oleh [Amir Zayyanid](https://www.worldhistory.org/user/amirzayyanid)_

Iaxartes, atau kini dipanggil sebagai Syr-Daria, merupakan sebatang sungai yang berhulu di sebelah barat Pergunungan Pamir di Fergana (Di Kyrgyzstan moden) dan mengalir ke seluruh Kazakhstan, Tajikistan, dan Uzbekistan moden menuju ke Tasik Aral, meliputi jarak sejauh 2212 km. Pada zaman purba, sungai ini mengalir ke Fergana dan Sogdiana sekaligus menandakan sempadan Steppe-Steppe Asia Tengah. Sungai ini menjadi tulang belakang bagi kawasan berkenaan lantaran ia membolehkan sistem-sistem pengairan dibangunkan di kawasan gersang itu. Sungai ini juga mempunyai makna yang simbolik bagi tamadun-tamadun barat, kerana ia menandakan perbatasan antara dunia bertamadun di sebelah selatan dan dunia nomad di sebelah utara. Sungai ini mempunyai pelbagai nama berdasarkan sumber-sumber yang berbeza, seperti Araxes (sungai deras) atau Yakhsha Arta dalam bahasa Parsi. Bangsa Medes menjadikan Sungai Iaxartes sebagai sempadan utara yang memisahkan antara masyarakat bertamadun dan masyarakat nomad (seperti suku-suku Scythia) dan tradisi ini terus diamalkan oleh bangsa Parsi. Raja Parsi, Cyrus Agung menubuhkan kota Cyropolis pada tahun 544 Masihi di kawasan sebelah Sogdiana dari sungai ini, dengan tujuan menjadikannya sebagai 'kawasan penampan bagi Empayar Parsi terhadap suku-suku nomad” (Strabo, XI 11.4.). Namun malangnya, menurut Herodoutus, beliau meninggal dunia berhampiran sungai ini ketika memerangi Massageate dalam cubaan menjadikan suku tersebut sebagai bawahannya. Semasa Alexander Agung menyerang Empayar Parsi, beliau menjadikan Iaxartes sebagai perbatasan timur laut empayarnya. Beliau membina bandarnya yang paling maju di Iaxartes pada tahun 329 Sebelum Masihi, dan diberi nama Alexandria Eschate (Alexandria yang paling jauh). Pada tahun sama, beliau menghancurkan Cyropolis selepas berlakunya pemberontakan Sogdiana dan memenangi sebuah pertempuran penting ke atas suku Scythia di Iaxartes sekaligus sempadan utara ini kekal ampuh sehingga ke detik kemangkatannya. Selepas kemangkatan Alexander, sungai ini terus dijadikan sebagai perbatasan. Namun, semakin lama semakin banyak pasukan tentera nomad yang berjaya merentasinya. Kehadiran kuasa politik Yunani yang terakhir di sini ialah Yunani-[Baktria](https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-291/baktria/) yang berada di bawah pemerintahan Euthydemos (sekitar 230-200 Sebelum Masihi). Selepas tempoh pemerintahannya, Iaxartes tumbang ke tangan suku Saka, Yuezhei dan seterusnya Kangju yang kesemua suku nomad ini menggempur ke arah selatan dan memerangi empayar Yunani-Baktria dan Parthia.

#### Editorial Review

This human-authored definition has been reviewed by our editorial team before publication to ensure accuracy, reliability and adherence to academic standards in accordance with our [editorial policy](https://www.worldhistory.org/static/editorial-policy/).

## Darihal Penulis

Passionate about ancient Central Asia. Maintains the website From Bactria to Taxila. Works in the Europa Barbarorum project.
- [Linkedin Profile](https://www.linkedin.com/in/antoine-simonin/52/685/a9a/e)

## Garis masa

- **544 BCE**: Foundation of Cyropolis on the [Iaxartes](https://www.worldhistory.org/Iaxartes/) river.
- **530 BCE**: [Cyrus II](https://www.worldhistory.org/Cyrus_the_Great/) killed by the Massagetae of Tomyris' army near the [Iaxartes](https://www.worldhistory.org/Iaxartes/).
- **329 BCE**: [Alexander the Great](https://www.worldhistory.org/Alexander_the_Great/) wins a decisive [battle](https://www.worldhistory.org/disambiguation/battle/) at the [Iaxartes](https://www.worldhistory.org/Iaxartes/) river against the [Scythians](https://www.worldhistory.org/Scythians/).
- **c. Jul 329 BCE**: [Alexander the Great](https://www.worldhistory.org/Alexander_the_Great/) founds [Alexandria](https://www.worldhistory.org/alexandria/)-Eschate on the [Iaxartes](https://www.worldhistory.org/Iaxartes/) and destroys Cyropolis.
- **c. 200 BCE**: [Sakas](https://www.worldhistory.org/Scythians/) [conquer](https://www.worldhistory.org/warfare/) the [Sogdiana](https://www.worldhistory.org/sogdiana/) part of the [Iaxartes](https://www.worldhistory.org/Iaxartes/).

## Petik Karya Ini

### APA
Simonin, A. (2020, April 20). Iaxartes. (A. Zayyanid, Penerjemah). *World History Encyclopedia*. <https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-638/iaxartes/>
### Chicago
Simonin, Antoine. "Iaxartes." Diterjemahkan oleh Amir Zayyanid. *World History Encyclopedia*, April 20, 2020. <https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-638/iaxartes/>.
### MLA
Simonin, Antoine. "Iaxartes." Diterjemahkan oleh Amir Zayyanid. *World History Encyclopedia*, 20 Apr 2020, <https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-638/iaxartes/>.

## Lesen &amp; Hak Cipta

Dihantar oleh [Amir Zayyanid](https://www.worldhistory.org/user/amirzayyanid/ "User Page: Amir Zayyanid"), disiarkan pada 20 April 2020. Sila semak sumber asal untuk maklumat hak cipta. Sila ambil perhatian bahawa kandungan yang dipautkan dari halaman ini mungkin mempunyai terma lesen yang berbeza.

