---
title: Eukratid
author: Antoine Simonin
translator: Amir Zayyanid
source: https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-596/eukratid/
format: machine-readable-alternate
license: Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike (https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0/)
updated: 2020-11-05
---

# Eukratid

Ditulis oleh [Antoine Simonin](https://www.worldhistory.org/user/Deathfinger/)_
Diterjemahkan oleh [Amir Zayyanid](https://www.worldhistory.org/user/amirzayyanid)_

Dinasti Eukratid merupakan sebuah dinasti Yunani-[Baktria](https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-291/baktria/) dan Indo-Yunani yang mempunyai kira-kira 12 orang raja, dengan era pemerintahannya berlangsung dari tahun 171 SM hingga 80-70 SM, sebagaimana yang dibuktikan menerusi penemuan syiling dari zaman tersebut. Jata syiling yang mencirikan dinasti ini adalah imej pokok palma dan Dioscuri (Castor & Pollux bersama kuda).

Dinasti ini bermula apabila pengasasnnya, Eucratides bertindak menggulingkan seorang raja Euthydemid di Baktria, yang berkemungkinan ialah Demetrios II, sekitar tahun 171 SM. Beliau mengambil kesempatan di atas pergolakan yang berlaku dalam kalangan negara-negara Indo-Yunani dari dinasti Euthydemid dan memenangi pertempuran di seluruh Hindu-Kush sebelum akhirnya, beliau bertembung dengan raja Menander. Dalam pertembungan tersebut, beliau ditewaskan dan diusir hingga ke Baktria. Di sana, beliau sekali lagi mengepalai pasukan tentera bagi memerangi Menander namun mati dibunuh oleh anaknya sendiri yang kelak dikenali sebagai Eucratides II. Perisitiwa ini menggambarkan bagaimana hubungan dalam kerabat dinasti tersebut berjalan, dan hal yang sama turut berlaku dalam dinasti Euthydemid.

Kematian Eucratides mengakibatkan kerajaannya terhumban ke kancah perang saudara dengan melibatkan perebutan takhta di antara ramai kerabat Eucratid dan hal ini secara efektif melemahkan kerajaan; kesempatan ini kemudian dimanfaatkan oleh kerajaan Parthia dan Yuezhei hinggakan raja terakhir Yunani-Baktria, iaitu Heliokles terpaksa menyerahkan kerajaan kepada suku nomad tersebut pada c.130 SM. Bagaimanapun, dinasti ini berjaya merebut semula sebahagian wilayah Indo-Yunani sekaligus meneruskan operasi ketenteraannya dari sana, berikutan persekutuan antara mereka dan dinasti Euthydemid masih berlanjutan. Walaupun sebahagian raja Eukratid seperti Philoxenos dilihat cukup berkuasa sesudah tahun 130 SM, mereka tetap tidak berupaya untuk menyatukan seluruh wilayah Indo-Yunani.

Dinasti ini akhirnya tumbang apabila suku Maues dari Indo-Saka menyerang kerajaan-kerajaan Indo-Yunani c.80 SM dan memaksa kedua-dua dinasti Indo-Yunani tersebut untuk membentuk persekutuan di bawah raja Amyntas.

#### Editorial Review

This human-authored definition has been reviewed by our editorial team before publication to ensure accuracy, reliability and adherence to academic standards in accordance with our [editorial policy](https://www.worldhistory.org/static/editorial-policy/).

## Darihal Penulis

Passionate about ancient Central Asia. Maintains the website From Bactria to Taxila. Works in the Europa Barbarorum project.
- [Linkedin Profile](https://www.linkedin.com/in/antoine-simonin/52/685/a9a/e)

## Garis masa

- **171 BCE**: In odrer to show the break of dynasty, [Eucratides](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Eucratides/) begin a new Yona (or [Greek](https://www.worldhistory.org/disambiguation/greek/)) era.
- **c. 171 BCE**: [Eucratides](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Eucratides/) begins his uprising against Greco-Bactrian king Demetrios II.
- **c. 155 BCE**: The [Euthydemid](https://www.worldhistory.org/euthydemid/) Menander succeeds to push back the Eucratids westward of the [Hindu](https://www.worldhistory.org/hinduism/)-[Kush](https://www.worldhistory.org/Kush/).
- **145 BCE**: Murder of [Eucratides](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Eucratides/) by his son. Weakening of the [Greco-Bactrian kingdom](https://www.worldhistory.org/Greco-Bactria/).
- **c. 130 BCE**: Eucratids flee from [Bactria](https://www.worldhistory.org/Bactria/) to [India](https://www.worldhistory.org/india/). Rivalry between Eucratids and Euthydemids takes place in the [Indo-Greek](https://www.worldhistory.org/Indo-Greek/) kingdoms.
- **c. 80 BCE**: Alliance between Euthydemids and Eucratids against the Indo-[Sakas](https://www.worldhistory.org/Scythians/), under the rule of Amyntas.

## Petik Karya Ini

### APA
Simonin, A. (2020, November 05). Eukratid. (A. Zayyanid, Penerjemah). *World History Encyclopedia*. <https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-596/eukratid/>
### Chicago
Simonin, Antoine. "Eukratid." Diterjemahkan oleh Amir Zayyanid. *World History Encyclopedia*, November 05, 2020. <https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-596/eukratid/>.
### MLA
Simonin, Antoine. "Eukratid." Diterjemahkan oleh Amir Zayyanid. *World History Encyclopedia*, 05 Nov 2020, <https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-596/eukratid/>.

## Lesen &amp; Hak Cipta

Dihantar oleh [Amir Zayyanid](https://www.worldhistory.org/user/amirzayyanid/ "User Page: Amir Zayyanid"), disiarkan pada 05 November 2020. Sila semak sumber asal untuk maklumat hak cipta. Sila ambil perhatian bahawa kandungan yang dipautkan dari halaman ini mungkin mempunyai terma lesen yang berbeza.

