---
title: Kerajaan Yunani-Baktria
author: Antoine Simonin
translator: Amir Zayyanid
source: https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-580/kerajaan-yunani-baktria/
format: machine-readable-alternate
license: Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike (https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0/)
updated: 2020-04-20
---

# Kerajaan Yunani-Baktria

Ditulis oleh [Antoine Simonin](https://www.worldhistory.org/user/Deathfinger/)_
Diterjemahkan oleh [Amir Zayyanid](https://www.worldhistory.org/user/amirzayyanid)_

Kerajaan Yunani-[Baktria](https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-291/baktria/) merujuk kepada beberapa buah dinasti dan mungkin kerajaan-kerajaan yang diperintah oleh monarki-monarki Yunani-Macedonia. Kerajaan ini menguasai wilayah Baktria bermula dari tahun 250 hingga 130 Sebelum Masihi.

### Penubuhan

Kerajaan Yunani-Baktria muncul pada tahun 250 Sebelum Masihi, apabila seorang *satrap* bernama Diodotos (atau Theodotus dalam bahasa Latin) bangkit memberontak terhadap Antiochos II, pemerintah Seleucid. Pemberontakan ini mengambil kesempatan ke atas keadaan Antiochus yang sedang sibuk menangani Dinasti Ptolemy di barat. Pada mulanya, Diodotos dan puteranya, Diodotos II menakluki wilayah-wilayah di selatan Ariana dan mengehadkan kekuasaan mereka di sekitar Baktria. Namun sekitar tahun 230 Sebelum Masihi, seorang pemerintah tempatan bernama Euthydemos, yang mungkin mempunyai kaitan dengan Dinasti Seleucid, menggulingkan Dinasti Diodotis dan menubuhkan dinastinya yang tersendiri. Beliau kemudian meluaskan wilayahnya ke utara, meliputi Sogdiana dan Ferghana. Pada tahun 210 Sebelum Masihi, Antiochos III dari Seleucid memerangi Euthydemos dan memaksanya berundur. Keadaan ini kemudiannya mendorong kepada pengepungan Baktria selama tiga tahun. Pengepungan yang panjang serta ancaman demi ancaman daripada suku-suku nomad di utara memaksa Antiochos III untuk memulakan rundingan: Beliau memperakui Euthydemos sebagai raja dan menyerahkan salah seorang puterinya, dengan pertukaran bekalan dan gajah-gajah perang.

### Perluasan

Setelah keadaan di wilayah perbatasan barat terjamin, raja-raja Yunani-Baktria mengambil kesempatan di atas kemunduran Dinasti Maurya untuk melancarkan perang terhadap jiran-jiran mereka di timur. Dalam tempoh kurang 20 tahun, mereka berupaya menakluk Paropamisadaes, Arachosia, Gandhara dan Punjab Barat di bawah kepimpinan Demetrios. Pada masa yang sama, kuasa pusat dibahagi-bahagikan sesama beberapa orang raja yang sering bersengketa. Sebahagian daripada mereka memerintah bahagian timur Hindukush, sekaligus menjadi raja-raja Indo-Yunani yang pertama.

### Eucratides Mengambil-Alih Kuasa

Pada tahun 171 Sebelum Masihi, Eucratides yang juga mungkin mempunyai kaitan dengan Seleucid, menggulingkan raja Yunani-Baktria dan memerangi raja-raja Indo-Yunani. Pada awalnya, kempennya ini berlangsung lancar sehinggalah Dinasti Euthydemid memanggil Menander dan memaksanya berundur ke Hindu-Kush di Baktria. Keadaan ini menandakan bermulanya perseteruan panjang antara Dinasti Euthydemid dan Eucratid. Perseteruan ini melemahkan kerajaan Yunani-Baktria: kehilangan kuasa ke atas Sogdiana, dan Eucratides dibunuh oleh puteranya sendiri. Era ketidakstabilan politik kemudian melanda dan seterusnya mengakibatkan penggulingan raja terakhir Indo-Yunani, iaitu Heliokles pada tahun 103 Sebelum Masihi oleh suku nomad Yuezhei.

[ ![Antimachus I Tetradrachm](https://www.worldhistory.org/img/r/p/750x750/840.jpg?v=1599290104) Antimachus I Tetradrachm Mark Cartwright (CC BY-NC-SA) ](https://www.worldhistory.org/image/840/antimachus-i-tetradrachm/ "Antimachus I Tetradrachm")### Hubungan Dengan Kebudayaan-Kebudayaan Lain

Kerajaan Yunani-Baktria mempunyai kedudukan yang unik dalam kalangan masyarakat Yunani, lantaran ia merupakan kerajaan Hellenistik yang wujud di hujung dunia mereka. Kerajaan ini lazim menjalinkan hubungan dengan tamadun India dan suku-suku nomad di wilayah berhampiran. Begitu juga hubungan dengan China yang terbukti menerusi penyebaran barang dagangan dan matawang syiling mereka. Hasil seni Baktria dianggap sebagai antara yang terbaik di zaman itu, sebagaimana yang dapat dilihat pada patung-patung yang ditemui di Ostobora (Ai Khanoum moden) dan Baktria. Syiling-syiling yang dicetak oleh mereka juga berkualiti tinggi. Keaslian hasil seni ini tidak hilang bersama kejatuhan raja terakhir Yunani-Baktria, lantaran sebahagian daripadanya diwarisi oleh suku Yuezhei dan Koushan yang menggantikannya.

#### Editorial Review

This human-authored definition has been reviewed by our editorial team before publication to ensure accuracy, reliability and adherence to academic standards in accordance with our [editorial policy](https://www.worldhistory.org/static/editorial-policy/).

## Darihal Penulis

Passionate about ancient Central Asia. Maintains the website From Bactria to Taxila. Works in the Europa Barbarorum project.
- [Linkedin Profile](https://www.linkedin.com/in/antoine-simonin/52/685/a9a/e)

## Garis masa

- **250 BCE**: Former [satrap](https://www.worldhistory.org/Persian_Governor/) [Diodotos](https://www.worldhistory.org/disambiguation/diodotos/) rebels against [Seleucid](https://www.worldhistory.org/Seleucid_Empire/) king [Antiochos](https://www.worldhistory.org/disambiguation/antiochos/) I, creating the [Greco-Bactrian kingdom](https://www.worldhistory.org/Greco-Bactria/).
- **c. 230 BCE**: [Diodotos](https://www.worldhistory.org/disambiguation/diodotos/) II is overthrown by Euthydemos. Beginning of the [Euthydemid](https://www.worldhistory.org/euthydemid/) dynasty.
- **208 BCE**: [Seleucid](https://www.worldhistory.org/Seleucid_Empire/) king [Antiochos](https://www.worldhistory.org/disambiguation/antiochos/) III wins the [battle](https://www.worldhistory.org/disambiguation/battle/) of the Arius river against Euthydemos.
- **208 BCE - 206 BCE**: Siege of Bactra by [Antiochos](https://www.worldhistory.org/disambiguation/antiochos/) III.
- **206 BCE**: Recognition of the [Greco-Bactrian kingdom](https://www.worldhistory.org/Greco-Bactria/) and [Euthydemid](https://www.worldhistory.org/euthydemid/) dynasty by [Antiochos](https://www.worldhistory.org/disambiguation/antiochos/) III.
- **c. 200 BCE**: Beginning of the Greco-Bactrian conquests in [India](https://www.worldhistory.org/india/).
- **c. 190 BCE**: First appearance of multiple [Euthydemid](https://www.worldhistory.org/euthydemid/) kings at the same time. Beginning of the [Indo-Greek](https://www.worldhistory.org/Indo-Greek/) kingdoms.
- **186 BCE**: Demetrios wins a decisive [battle](https://www.worldhistory.org/disambiguation/battle/) in [Gandhara](https://www.worldhistory.org/Gandhara_Civilization/), beginning the Yona (or [Greek](https://www.worldhistory.org/disambiguation/greek/) era) in [India](https://www.worldhistory.org/india/).
- **171 BCE**: In odrer to show the break of dynasty, [Eucratides](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Eucratides/) begin a new Yona (or [Greek](https://www.worldhistory.org/disambiguation/greek/)) era.
- **c. 171 BCE**: [Eucratides](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Eucratides/) begins his uprising against Greco-Bactrian king Demetrios II.
- **c. 155 BCE**: The [Euthydemid](https://www.worldhistory.org/euthydemid/) Menander succeeds to push back the Eucratids westward of the [Hindu](https://www.worldhistory.org/hinduism/)-[Kush](https://www.worldhistory.org/Kush/).
- **145 BCE**: Murder of [Eucratides](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Eucratides/) by his son. Weakening of the [Greco-Bactrian kingdom](https://www.worldhistory.org/Greco-Bactria/).
- **c. 130 BCE**: The Yuezhei take control of [Bactria](https://www.worldhistory.org/Bactria/).

## Pautan Luaran

- [List of Rulers of the Ancient Greek World | Lists of Rulers | Heilbrunn Timeline of Art History | The Metropolitan Museum of Art](https://www.metmuseum.org/toah/hd/gkru/hd_gkru.htm)

## Petik Karya Ini

### APA
Simonin, A. (2020, April 20). Kerajaan Yunani-Baktria. (A. Zayyanid, Penerjemah). *World History Encyclopedia*. <https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-580/kerajaan-yunani-baktria/>
### Chicago
Simonin, Antoine. "Kerajaan Yunani-Baktria." Diterjemahkan oleh Amir Zayyanid. *World History Encyclopedia*, April 20, 2020. <https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-580/kerajaan-yunani-baktria/>.
### MLA
Simonin, Antoine. "Kerajaan Yunani-Baktria." Diterjemahkan oleh Amir Zayyanid. *World History Encyclopedia*, 20 Apr 2020, <https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-580/kerajaan-yunani-baktria/>.

## Lesen &amp; Hak Cipta

Dihantar oleh [Amir Zayyanid](https://www.worldhistory.org/user/amirzayyanid/ "User Page: Amir Zayyanid"), disiarkan pada 20 April 2020. Sila semak sumber asal untuk maklumat hak cipta. Sila ambil perhatian bahawa kandungan yang dipautkan dari halaman ini mungkin mempunyai terma lesen yang berbeza.

