---
title: Asia Kecil
author: Joshua J. Mark
translator: Amir Zayyanid
source: https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-228/asia-kecil/
format: machine-readable-alternate
license: Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike (https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0/)
updated: 2020-05-28
---

# Asia Kecil

Ditulis oleh [Joshua J. Mark](https://www.worldhistory.org/user/JPryst/)_
Diterjemahkan oleh [Amir Zayyanid](https://www.worldhistory.org/user/amirzayyanid)_

Asia Kecil di zaman purba merupakan sebuah wilayah geografi yang terletak di bahagian barat daya Asia, yang kebanyakannya terdiri daripada Turki moden. Sebutan pertama berkenaan rantau ini boleh ditemukan pada tablet-tablet Dinasti Akkadia (2334-2083 Sebelum Masihi), di mana ia dikenali sebagai 'Tanah Hatti' dan dihuni oleh bangsa Het (Hittite). Bangsa Het pula memanggil rantau tersebut sebagai 'Assuwa' (atau, lebih awal, Aswiya), di mana sebenarnya ia hanya meliputi kawasan sekitar delta sungai Cayster. Namun pada masa yang terkemudian, istilah tersebut digunakan bagi merujuk seluruh rantau itu. Assuwa dari Zaman Gangsa ini dianggap sebagai asal-usul bagi nama 'Asia', sebagaimana yang diperincikan oleh bangsa Rom tentang rantau tersebut. Masyarakat Yunani pula memanggilnya sebagai 'Anatolia' (secara harfiah bermaksud 'tempat terbit matahari', di wilayah-wilayah timur Greece).

### Nama & Daerah-Daerah

Nama 'Asia Kecil' (Asia Minor, daripada bahasa Yunani iaitu, 'Mikra Asia' – Asia Kecil) kali pertama digunakan oleh seorang sejarahwan Kristian, iaitu Orosius (sekitar 375-418 Masihi) dalam karyanya, *Seven Books of History Against the Pagans* pada tahun 400 Masihi bagi membezakan antara tanah besar Asia dan rantau yang telah pun di-Kristian-kan oleh Paul Si Hawari (merangkumi tapak-tapak yang dikenali dari Surat Paul dalam Bible sebagai Ephesus dan Galicia). Empayar Byzantine dari kurun ke-9 Masihi pula memanggil rantau tersebut sebagai 'Thema Timur', yang secara ringkas membawa maksud 'Pecahan Pentadbiran Sebelah Timur', dan para kelasi di zaman terkemudian memanggilnya sebagai '[Levant](https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-178/levant/)' yang bermaksud 'bangkit' atau 'membangkit'. Hal ini merujuk kepada bagaimana daratan di situ menaik tinggi di ufuk laut.

Dalam dunia purba, Asia Kecil merupakan tempat lahirnya kerajaan dan kota-kota:

- Thrace
- Bithynia
- Paphlagonia
- Aeloia
- Phyrgia
- Galicia
- Pontus
- Armenia
- Urartu
- Assyria
- Cilicia
- Pamphylia
- Lycia
- Pisidia
- Lycaonia
- Caria
- Mysia
- Ionia
- Lydia
- Troy

### Tapak-Tapak & Individu-Individu Masyhur

Pencapaian dan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat di Asia Kecil agak meluas dan merangkumi senarai panjang individu, tempat dan peristiwa yang paling masyhur dalam sejarah purba. Menurut sejarahwan Philo dari Byzantium (menulis pada 225 Sebelum Masihi) dan penulis-penulis di zaman terkemudian, Asia Kecil merupakan tempat berdirinya dua dari Tujuh Keajaiban Dunia: iaitu Kuil Artemis di Ephesus (di daerah Ionia) dan Makam Mauslos di [Halicarnassus](https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-348/halicarnassus/) (juga dikenali sebagai Permakaman Halicarnassus, di Carnia). Di kota Miletus yang terletak di Iona, ahli falsafah barat pertama, iaitu Thales dan para pengikutnya, Anaximander dan Anaximenes, mencari Sebab Pertama kejadian, yakni hal yang melahirkan segala sesuatu, serta memulakan pencarian dan kaedah saintifik. Herodotus yang digelari 'Bapa Sejarah' dilahirkan di Halicarnassus. Ahli falsafah merangkap ahli matematik ulung, Pythagoras dilahirkan di Pulau Samos sementara Heraclitus, seorang lagi tokoh penting dalam falsafah Yunani, dilahirkan di Ephesus tempat beliau hidup dan menulis. Cilicia, yang merangkumi kota Tarsus tempat Paul Si Hawari dilahirkan, merupakan sebuah rantau yang masyhur dengan penghasilan khemah – dan hal ini adalah pekerjaan Paul sendiri.

[ ![Lydian Silver Stater](https://www.worldhistory.org/img/r/p/500x600/807.jpg?v=1722025625) Stater Perak Lydian Mark Cartwright (CC BY-NC-SA) ](https://www.worldhistory.org/image/807/lydian-silver-stater/ "Lydian Silver Stater")MITOLOGI & SEJARAH

Lydia merupakan kerajaan yang diperintah oleh Croesus, raja ulung yang menafikan Empayar Achaemenid-Parsi pimpinan Cyrus Agung. Beliau didakwa sebagai lelaki yang paling bahagia di dunia sebelum kekalahan dan penangkapannya di tangan tentera Parsi. Dalam mitologi Yunani, Lydia juga merupakan tempat di mana Titan yang bernama Asia menetap dan lebih awal daripada itu, tempat di mana dewi ibunda Potnia Aswiya (Puan Assuwa) dipuja (yang menjadi Artemis dan kuilnya didedikasikan di ibu kota Lydia, Ephesus). Phyrgia pula adalah tempat kelahiran Rhea, si Dewi Ibunda Yunani sementara Kota Troy pula dimasyhurkan oleh Homer di dalam dua buah karya kurun ke-8 Sebelum Masihi beliau, iaitu *Iliad* dan *Odyssey*. Rantau Asia Kecil dianggap sebagai tanah kelahiran matawang syiling sekaligus rantau pertama yang menggunakan matawang syiling dalam urusan perdagangan; namun, kerajaan pertama yang berbuat demikian masih diperdebatkan sehingga kini.

Pada tempoh antara 1250 dan 1200 Sebelum Masihi, Orang-Orang Laut menyerang dari selatan dan menceroboh Greece, lalu mengganggu Mesir dan akhirnya mengusir bangsa Het dari rantau Assuwa. Namun, Orang-Orang Laut ini tidak menghuni tempat itu secara kekal lantaran mereka kemudian berpindah ke selatan, di Kan'an. Pengkoloni-pengkoloni Yunani, terutama dari Athens dan sekitar Attica, kemudiannya menetap di pantai Asia Kecil, merangkumi Mediterranean hinggalah Laut Hitam. Koloni-koloni di Ionia inilah yang disokong dan didanai oleh Athens dan Eretria, sekaligus mendorong kepada penentangan mereka terhadap kekuasaan Parsi yang mengawal kawasan tersebut. Hal ini sekaligus mengundang kemurkaan raja Parsi, Darius I dan membawa kepada serangan pertama ke atas Greece pada tahun 490 Sebelum Masihi di mana ia berjaya dipatahkan dalam Pertempuran Marathon.

[ ![Library of Celsus, Ephesus](https://www.worldhistory.org/img/r/p/750x750/691.jpg?v=1775445994) Perpustakaan Celsus, Ephesus Mark Cartwright (CC BY-NC-SA) ](https://www.worldhistory.org/image/691/library-of-celsus-ephesus/ "Library of Celsus, Ephesus")Pada tahun 334-333 Sebelum Masihi, Alexander Agung menewaskan Parsi dan menakluki Asia Kecil. Di Gordium yang merupakan ibu kota Phyrgia, beliau dikatakan bertindak memotong Simpulan Gordian, di mana ramalan menafsirkan hal ini sebagai petanda Alexander bakal menjadi raja Asia. Selepas kemangkatan beliau, wilayah kekuasaannya di utara dan barat ditadbir oleh panglimanya yang bernama Antigonus I manakala Seleucus I Nicator mentadbir wilayah selatan dan timur serta terlibat secara aktif dalam Perang Diodachi (perang para pengganti Alexander). Rantau tersebut kekal dalam keadaan yang tidak stabil sepanjang pemerintahan para gabenor Hellenistik sehinggalah ketibaan Rom pada tahun 133 Masihi (Raja Attalus III dari Pergamon menyerahkan kotanya kepada Republik Rom dalam wasiatnya justeru menjemput kehadiran Rom di rantau itu). Selepas tahun 133 Masihi, Rom secara stabil menakluk atau menyerap kota-kota Asia Kecil sehingga ia sepenuhnya menjadi wilayah Rom.

Di bawah pemerintahan Rom, tanah ini memperoleh kestabilan; jalan raya dibina dan infrastruktur kebanyakan kota ditambah baik. Komuniti-komuniti pantai pula meraih kepesatan dan Ephesus secara khusus menikmati kemewahan besar sehinggalah berlaku kebangkitan Kristian, di mana kemajuan 'dunia' di rantau tersebut ditinggalkan berikutan Kedatangan Kedua Christ. Empayar Byzantine menguasai wilayah itu sesudah ketumbangan Empayar Rom pada tahun 476 Masihi, dan setelah berlakunya kebangkitan Islam, Kristian-Byzantine berebutkan kekuasaan ke atas rantau itu dengan Kekhalifahan Islam sehinggalah ketibaan Seljuq-Turk pada tahun 1068 Masihi. Kekuasaan Turki di rantau itu terus berleluasa sehingga tahun 1299 Masihi, iaitu apabila Asia Kecil menjadi sebahagian daripada Empayar Uthmaniyah dan, sesudah kejatuhannya, menjadi sebahagian daripada Turki.

#### Editorial Review

This human-authored definition has been reviewed by our editorial team before publication to ensure accuracy, reliability and adherence to academic standards in accordance with our [editorial policy](https://www.worldhistory.org/static/editorial-policy/).

## Daftar Pustaka

- [Durant, W. *Our Oriental Heritage.* Simon & Schuster, 1954.](https://www.worldhistory.org/books/B00005WJGO/)
- [Durant, W. *The Life of Greece.* Simon & Schuster, 2011.](https://www.worldhistory.org/books/B004ZZS4YA/)
- [Freeman, K. B. *Companion to the Pre-Socratic Philosophers.* Harvard University Press, 1966.](https://www.worldhistory.org/books/B000VMQAIS/)
- [Hamilton, E. *The Greek Way.* W. W. Norton & Company, 1993.](https://www.worldhistory.org/books/0393310779/)
- [Herodotus. *Herodotus.* University Of Chicago Press, 1988.](https://www.worldhistory.org/books/0226327728/)
- [Jordan, P. *Seven Wonders of the Ancient World.* Longman, 2002.](https://www.worldhistory.org/books/0582771870/)
- [Worthington, I. *Alexander the Great.* Longman, 2004.](https://www.worldhistory.org/books/140580162X/)

## Darihal Penulis

Penulis bebas dan bekas Pensyarah Falsafah separuh-masa di Kolej Marist, New York. Joshua J. Mark menetap di Greece dan Jerman dan pernah mengembara ke Mesir. Beliau mengajar sejarah, penulisan, kesusasteraan, dan falsafah pada peringkat kolej.
- [Linkedin Profile](https://www.linkedin.com/pub/joshua-j-mark/38/614/339)

## Garis masa

- **c. 6200 BCE**: First [copper](https://www.worldhistory.org/copper/) smelting in [Anatolia](https://www.worldhistory.org/Asia_Minor/).
- **c. 1700 BCE**: The [Hittites](https://www.worldhistory.org/hittite/) invade the region of the [Hatti](https://www.worldhistory.org/hatti/) and begin a systematic campaign against them. The great [city](https://www.worldhistory.org/city/) of Hattusa is sacked and destroyed.
- **c. 1380 BCE**: First instances of iron working in the [Hittite](https://www.worldhistory.org/hittite/) [Empire](https://www.worldhistory.org/empire/).
- **1350 BCE - 1250 BCE**: The [Hittite](https://www.worldhistory.org/hittite/) [Empire](https://www.worldhistory.org/empire/) is at its peak.
- **1334 BCE**: [Trojan War](https://www.worldhistory.org/Trojan_War/), according to Duris of [Samos](https://www.worldhistory.org/samos/).
- **1285 BCE**: Peak of [Hittite](https://www.worldhistory.org/hittite/) power.
- **c. 1250 BCE**: [Trojan War](https://www.worldhistory.org/Trojan_War/), according to [Herodotus](https://www.worldhistory.org/herodotus/).
- **1200 BCE**: [Lydia](https://www.worldhistory.org/lydia/) arises as a Neo-[Hittite](https://www.worldhistory.org/hittite/) kingdom.
- **1200 BCE**: Phrygians invade [Anatolia](https://www.worldhistory.org/Asia_Minor/) and destroy the [Hittite](https://www.worldhistory.org/hittite/) [Empire](https://www.worldhistory.org/empire/).
- **1184 BCE**: [Trojan War](https://www.worldhistory.org/Trojan_War/), according to [Eratosthenes](https://www.worldhistory.org/Eratosthenes/).
- **c. 800 BCE - c. 700 BCE**: [Homer](https://www.worldhistory.org/homer/) of [Greece](https://www.worldhistory.org/greece/) writes his *[Iliad](https://www.worldhistory.org/iliad/)* and *[Odyssey](https://www.worldhistory.org/Odyssey/)*.
- **c. 685 BCE - 546 BCE**: Mermnad Dynasty rules [Lydia](https://www.worldhistory.org/lydia/).
- **c. 635 BCE - 585 BCE**: Reign of Alyattes of [Lydia](https://www.worldhistory.org/lydia/). Minting of first coins made from electrum.
- **560 BCE - 546 BCE**: Reign of [Croesus](https://www.worldhistory.org/croesus/) of [Lydia](https://www.worldhistory.org/lydia/).
- **547 BCE**: [Anatolia](https://www.worldhistory.org/Asia_Minor/) conquered by the Persians. [Ephesos](https://www.worldhistory.org/ephesos/) remains neutral.
- **499 BCE - 493 BCE**: Ionian [cities](https://www.worldhistory.org/city/) rebel against Persian rule.
- **c. 498 BCE**: Ionians and [Greek](https://www.worldhistory.org/disambiguation/greek/) allies invade and burn [Sardis](https://www.worldhistory.org/sardis/) (capital of [Lydia](https://www.worldhistory.org/lydia/)).
- **c. 449 BCE**: Ionian [cities](https://www.worldhistory.org/city/) become independent from [Persia](https://www.worldhistory.org/Persia/) under the [Peace of Callias](https://www.worldhistory.org/Peace_of_Callias/).
- **c. 430 BCE - 415 BCE**: The *Histories* of [Herodotus](https://www.worldhistory.org/herodotus/) is published. The work is divided into nine chapters, each dedicated to one of the [Muses](https://www.worldhistory.org/muse/).
- **279 BCE**: [Celts](https://www.worldhistory.org/celt/) invade Thrace and [Anatolia](https://www.worldhistory.org/Asia_Minor/).
- **262 BCE**: Eumenes rebels and wins against the [Seleucid](https://www.worldhistory.org/Seleucid_Empire/) Antiochus I. Beginning of the [Pergamon](https://www.worldhistory.org/pergamon/) [Empire](https://www.worldhistory.org/empire/).
- **218 BCE**: The Aegosages [Celts](https://www.worldhistory.org/celt/) enter [Anatolia](https://www.worldhistory.org/Asia_Minor/) under [Attalos](https://www.worldhistory.org/disambiguation/attalos/) of [Pergamon](https://www.worldhistory.org/pergamon/).
- **188 BCE**: Maximum extent of the [Pergamon](https://www.worldhistory.org/pergamon/) [Empire](https://www.worldhistory.org/empire/) after Apamea peace.
- **c. 188 BCE**: The treaty of Apamea Kibotos. Peace and alliance is established between the [Seleucid Empire](https://www.worldhistory.org/Seleucid_Empire/) and [Rome](https://www.worldhistory.org/Rome/) joined by its allies, such as [Pergamon](https://www.worldhistory.org/pergamon/) and [Rhodes](https://www.worldhistory.org/Rhodes/). The Seleucids have to evacuate all the land and the [cities](https://www.worldhistory.org/city/) from [Asia Minor](https://www.worldhistory.org/Asia_Minor/) and to pay a huge [war](https://www.worldhistory.org/disambiguation/War/) indemnity.
- **133 BCE**: Attalus III, the last king of [Pergamon](https://www.worldhistory.org/pergamon/), bequeathes the whole of Pergamon to [Rome](https://www.worldhistory.org/Rome/).
- **25 BCE**: [Galatia](https://www.worldhistory.org/galatia/) is peacefully absorbed into the [Roman Empire](https://www.worldhistory.org/Roman_Empire/).
- **42 CE - 62 CE**: [Paul the Apostle](https://www.worldhistory.org/Paul_the_Apostle/) goes on missionary journeys across [Asia Minor](https://www.worldhistory.org/Asia_Minor/), [Greece](https://www.worldhistory.org/greece/), and [Rome](https://www.worldhistory.org/Rome/).

## Pautan Luaran

- [citysanctuary.nl](http://citysanctuary.nl/)
- [The Seven Wonders](https://www.ancient.eu/The_Seven_Wonders/?utm_source=redirect)
- [Thales of Miletus](https://www.ancient.eu/Thales_of_Miletus/)
- [Ephesus](https://www.ancient.eu/ephesos/)
- [The Asia Minor Website](http://asiaminor.progressiveworld.net/)
- [Anatolia: Hatti, Phrygia, Urartu, Hurri, Mitanni](http://realhistoryww.com/world_history/ancient/Anatolia_Turkey_2.htm)
- [Map of Ancient Greece and the Coast of Asia Minor](https://etc.usf.edu/maps/pages/6300/6351/6351z.htm)
- [Oriental Religions in Roman Paganism: III. Asia Minor](http://www.sacred-texts.com/cla/orrp/orrp07.htm)
- [Çatalhöyük Research Project](http://www.catalhoyuk.com/)

## Petik Karya Ini

### APA
Mark, J. J. (2020, May 28). Asia Kecil. (A. Zayyanid, Penerjemah). *World History Encyclopedia*. <https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-228/asia-kecil/>
### Chicago
Mark, Joshua J.. "Asia Kecil." Diterjemahkan oleh Amir Zayyanid. *World History Encyclopedia*, May 28, 2020. <https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-228/asia-kecil/>.
### MLA
Mark, Joshua J.. "Asia Kecil." Diterjemahkan oleh Amir Zayyanid. *World History Encyclopedia*, 28 May 2020, <https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-228/asia-kecil/>.

## Lesen &amp; Hak Cipta

Dihantar oleh [Amir Zayyanid](https://www.worldhistory.org/user/amirzayyanid/ "User Page: Amir Zayyanid"), disiarkan pada 28 May 2020. Sila semak sumber asal untuk maklumat hak cipta. Sila ambil perhatian bahawa kandungan yang dipautkan dari halaman ini mungkin mempunyai terma lesen yang berbeza.

