---
title: Zaman Asuka
author: Mark Cartwright
translator: Amir Zayyanid
source: https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-15913/zaman-asuka/
format: machine-readable-alternate
license: Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike (https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0/)
updated: 2020-06-11
---

# Zaman Asuka

Ditulis oleh [Mark Cartwright](https://www.worldhistory.org/user/markzcartwright/)_
Diterjemahkan oleh [Amir Zayyanid](https://www.worldhistory.org/user/amirzayyanid)_

Zaman Asuka (*Asuka Jidai*) dalam sejarah [Jepun purba](https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-11132/jepun-purba/) meliputi tempoh yang bermula dari tahun 538 M hingga 710 M, menyusuli [Zaman Kofun](https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-14484/zaman-kofun/) (sekitar 250-538 M) sekaligus membentuk bahagian lewat bagi Zaman Yamato (sekitar 250-710 M). Bagi sebilangan sejarahwan, tempoh ini didakwa bermula pada tahun 593 M, dan bagi sejarahwan seni pula menyebutkan penamat Zaman Asuka adalah pada tahun 645 M. Zaman ini menyaksikan beberapa perkara seperti berlangsungnya interaksi antara Jepun dan kuasa-kuasa serantau lain, era pemerintahan figura-figura masyhur seperti Putera Shotoku, penubuhan pengaruh klan Fujiwara, dan penerapan ajaran Buddhisme. Zaman ini kemudiannya disusuli oleh [Zaman Nara](https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-15915/zaman-nara/) (710-794 M).

### Tinjauan Sejarah

Nama Zaman Asuka diambil daripada nama ibu kota pada masa itu, iaitu Asuka, yang terletak di bahagian utara wilayah Nara. Pada tahun 645 M, ibu kota dipindahkan ke Naniwa, dan pada tempoh antara 694 dan 710 M, ia berpindah pula ke Fujiwarakyo. Pada penghujung zaman ini, tepatnya pada tahun 710 M, ibu kota sekali lagi dipindahkan, kali ini ke Heijokyo (atau Nara).

Zaman ini menyaksikan penubuhan kuasa maharaja secara bersejarah buat kali pertama (berbeza dengan pemerintah mitos atau legenda), iaitu Maharaja Kimmei yang merupakan maharaja ke-29 dalam jalur keturunan diraja dan memerintah pada tahun 531 atau 539 M hingga tahun 571 M. Namun, pemerintah yang paling signifikan dalam zaman ini ialah Maharani Suiko dan pemangkunya, Putera Shotoku. Putera itu adalah putera kedua Maharaja Yomei (memerintah 585-587 M), dan beliau memerintah bagi pihak Suiko pada tahun 594 M sehinggalah tahun kemangkatannya, 622 M. Shotoku, atau juga dikenali sebagai Umayado no Miko, diberikan kredit atas jasanya memperbaharui pentadbiran, mencantas korupsi, membasmi sistem pelantikan pegawai yang hanya berteraskan pewarisan, dan menggalakkan hubungan yang lebih mesra dengan China. Menurut *Nihon Shoki* ('Hikayat Jepun' atau juga dikenali sebagai *Nihongi*), yang ditulis pada tahun 720 M, masyarakat Jepun dilanda kesedihan yang besar tatkala kemangkatan putera itu:

> Matahari dan bulan hilang sinarnya; langit dan bumi habis runtuh musnah: justeru, pada siapa lagi patut kami letakkan kepercayaan? (Mason, 40)

Peristiwa politik penting yang seterusnya dalam Zaman Asuka berlaku pada tahun 645 M, di mana pengasas klan Fujiwara (*Fujiwara-Shi*), Fujiwara no Kamatari (ketika itu dikenali sebagai Nakatomi), melakukan rampasan kuasa yang mengambil-alih pemerintahan daripada klan Soga (*Soga-Shi*) yang berpengaruh pada waktu itu . Klan Soga berasal-usul daripada Korea dan mereka mempengaruhi pentadbiran sejak tahun 587 M lagi. Pentadbiran baru kemudiannya disusun semula mengikut model China terutama dalam sebuah siri reformasi yang dikenali sebagai Reformasi Taika (*Taika no Kaishin*), di mana menerusi reformasi inilah negara diteraskan sebagai negara-bangsa, cukai dibayar sebagai kebajikan dan bukannya kerahan tenaga, kelas-kelas sosial dirombak semula, peperiksaan bagi memasuki perkhidmatan awam diperkenalkan, kod perundangan digubal, dan autoriti mutlak maharaja ditegakkan. Putera Naka no Oe ditabalkan sebagai Maharaja Tenjin, dan Kamatari dilantik sebagai menteri senior beliau dan diberikan nama keluarga Fujiwara. Peristiwa ini merupakan permulaan bagi sejarah salah sebuah klan paling berkuasa di Jepun yang kelak memonopoli pentadbiran pada [Zaman Heian](https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-15937/zaman-heian/) (794-1185 M).

[ ![Prince Shotoku Statue](https://www.worldhistory.org/img/r/p/500x600/6409.jpg?v=1701051243) Patung Putera Shotoku PHGCOM (CC BY-SA) ](https://www.worldhistory.org/image/6409/prince-shotoku-statue/ "Prince Shotoku Statue")Insiden Jinshin yang berlaku pada 671-672 M merupakan sebuah pertelagahan dalaman yang pendek namun cukup berdarah, melibatkan kelas-kelas memerintah yang saling berbalah tentang hak pewarisan takhta berikutan kemangkatan Maharaja Tenjin. Susulannya, maharaja Temmu (memerintah 672-686 M) mengambil peluang untuk mencantas kebanyakan kerabat diraja lain supaya keluarga beliau dan isterinya, Jito (memerintah 686-697 M) sahaja yang boleh menuntut sebarang hak ke atas takhta. Pada tahun 685 M, Temmu juga memberikan jawatan-jawatan penting kepada para penyokongnya sendiri, membentuk pasukan tentera kerahan, dan melarang rakyat daripada memikul senjata. Fujiwarakyo dipilih sebagai ibu kota Jepun yang pertama mempunyai istana bergaya China. Rangkaian jalan rayanya pula dibangunkan dalam corak grid lazim. Penghujung zaman ini menyaksikan matawang pertama Jepun, Wado kaiho diperkenalkan pada tahun 708 M.

### Hubungan Dengan China & Korea

Pada Zaman Asuka ini juga, hubungan-hubungan kebudayaan yang signifikan dikekalkan terutama dengan kerajaan [Baekje](https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-15261/baekje/) (Paekche) di Korea, di mana interaksi dengan semenanjung Korea sudah pun dilakukan sejak kurun ke-4 M lagi khususnya dengan konfederasi Gaya di Korea. Kemajuan budaya Baekje dieksport melalui guru-guru, ilmuwan dan pelukis-pelukis mereka yang mengembara ke Jepun. Mereka ini turut membawa elemen-elemen kebudayaan China seperti teks-teks klasik Konfucian. Begitu juga dengan elemen-elemen kebudayaan Korea, seperti yang dapat dilihat pada bangunan-bangunan kayu yang dibina di sana oleh jurutera-jurutera Korea. Keadaan sebenar hubungan antara Korea dan Jepun pada zaman ini agak kontroversi. Namun, sejarahwan mendapati para pegawai dari Baekje berupaya menyandang kedudukan yang penting dalam pentadbiran Yamato dan bahkan mungkin bercampur-gaul dengan jalur keturunan diraja, khususnya klan Soga. Pengaruh China juga dapat dilihat menerusi penggubalan sebuah konstitusi pada tahun 604 M, iaitu *Konstitusi Tujuh Belas Artikel* (*Jushichijo-kenpo*) yang bertanggungjawab memusatkan pentadbiran dan menekankan prinsip-prinsip Buddhisme dan Konfucian terutama tentang kepentingan keharmonian (wa). Putera Shotoku diberikan kredit sebagai penggubal konstitusi ini.

Mungkin hal yang paling signifikan antara semua, dan tentunya pengaruh budaya luar yang paling bertahan, adalah kemasukan Buddhisme ke Jepun sekitar kurun ke-6 M, atau sumber tradisional lazim menyebutnya sebagai tahun 552 M. Ajaran ini diamalkan secara rasmi oleh Maharaja Yomei dan disebarkan secara lebih meluas oleh Putera Shotoku yang bertanggungjawab membina sejumlah kuil, membentuk sebuah badan kesenian untuk menghasilkan imej-imej Buddha, dan beliau sendiri merupakan pelajar ajaran ini. Buddhisme secara umum diterima oleh elit Jepun (kecuali penentangan awal oleh klan Mononobe dan Nakatomi yang pro-Shinto) memandangkan ia membantu dalam mengangkat kedudukan tamadun Jepun sebagai bangsa yang membangun di mata jiran-jiran mereka, iaitu Korea dan China. Shotoku juga sempat menghantar perutusan-perutusan rasmi ke istana Sui di China sekitar tahun 607 M dan sepanjang kurun ke-7 M.

[ ![Asuka Period Roof Tile](https://www.worldhistory.org/img/r/p/500x600/6506.jpg?v=1599455704) Jubin Bumbung Tempoh Asuka James Blake Wiener (CC BY-NC-SA) ](https://www.worldhistory.org/image/6506/asuka-period-roof-tile/ "Asuka Period Roof Tile")Hubungan Jepun dengan jiran-jirannya tidaklah sentiasa berlangsung mesra dan lancar. [Kerajaan Silla](https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-15139/kerajaan-silla/), iaitu seteru lama Baekje di semenanjung Korea pada akhirnya berjaya memenangi pergelutan pada tahun 660 M dengan bantuan armada China-Tang. Pasukan penentang Baekje berupaya menghasut Jepun agar menghantar 800 buah kapal yang dipimpin oleh Abe no Hirafu demi membantu Baekje merebut semula kerajaan mereka. Namun, pasukan tentera gabungan ini ditewaskan dalam Pertempuran Baekgang (Hakusonko) yang berlangsung di mulut Sungai Geum/Paekchon pada tahun 663 M. Kemenangan Kerajaan Silla Bersatu ini mendorong kepada wujudnya gelombong imigran baru yang memasuki Jepun dari kerajaan Baekje dan Goguryeo yang telah tumbang.

### Kesenian & Seni Bina

Bidang kesenian mengalami kepesatan pada Zaman Asuka sekaligus melahirkan nama lain bagi zaman tersebut, iaitu Zaman Suiko (552-645 M) yang diambil bersempena nama Maharani Suiko (memerintah 592-628 M). Kesusasteraan dan seni muzik yang mengikut model China dipromosikan secara aktif oleh pegawai istana dan golongan artis diberikan pelepasan cukai. Pengukir-pengukir patung pula menghasilkan sejumlah besar figura Buddha dengan menggunakan kayu dan gangsa bersepuh. Puisi-puisi dikarang dan dihimpun ke dalam *Manyoshu* atau 'Koleksi 10 000 Daun', yang disusun sekitar 760 M sekaligus menjadikannya antologi puisi terawal dalam kesusasteraan Jepun.

Semasa era pemerintahan Shotoku, sebanyak 46 buah biara dan kuil Buddha dibina. Antara kuil yang paling penting ialah Shitennoji (593 M), Hokoji (596 M), dan Horyuji. Kuil terakhir ini siap dibina pada tahun 607 M, namun terbakar pada tahun 670 M lalu dibina semula: ia merupakan satu-satunya kuil dari Zaman Asuka yang terselamat dalam bentuknya yang asli. Kompleks ini terdiri daripada 48 buah bangunan, termasuklah sebuah pagoda lima tingkat dan ia menyimpan bangunan-bangunan kayu paling tua di Jepun.

 This content was made possible with generous support from the [Great Britain Sasakawa Foundation](http://www.gbsf.org.uk/?utm_source=ancient.eu&utm_medium=link&utm_campaign=ancient.eu).

#### Editorial Review

This human-authored definition has been reviewed by our editorial team before publication to ensure accuracy, reliability and adherence to academic standards in accordance with our [editorial policy](https://www.worldhistory.org/static/editorial-policy/).

## Daftar Pustaka

- [Ashkenazi, M. *Handbook of Japanese Mythology.* Oxford University Press, 2008.](https://www.worldhistory.org/books/0195332628/)
- [Beasley, W.G. *The Japanese Experience A Short History of Japan.* University of California, 1999.](https://www.worldhistory.org/books/B000ORKKBI/)
- [Dougill, J. *Japan's World Heritage Sites.* Tuttle Publishing, 2014.](https://www.worldhistory.org/books/4805312858/)
- [Ebrey, P.B. *Pre-Modern East Asia.* Cengage Learning, 2013.](https://www.worldhistory.org/books/1133606512/)
- [Henshall, K. *Historical Dictionary of Japan to 1945.* Scarecrow Press, 2013.](https://www.worldhistory.org/books/0810878712/)
- [Mason, R.H.P. *A History of Japan.* Tuttle Publishing, 1997.](https://www.worldhistory.org/books/080482097X/)
- [Sansom, G. *A History of Japan to 1334.* Stanford University Press, 1958.](https://www.worldhistory.org/books/0804705232/)
- [Tsuda, N. *A History of Japanese Art.* Tuttle Publishing, 2009.](https://www.worldhistory.org/books/4805310316/)
- [Whitney Hall, J. *The Cambridge History of Japan, Vol. 2.* Cambridge University Press, 1999.](https://www.worldhistory.org/books/0521223539/)

## Darihal Penulis

Mark merupakan seorang penulis sejarah yang berpangkalan di Itali. Minat-minat khususnya merangkumi seni penghasilan tembikar, seni bina bangunan, mitologi dunia, dan merungkai faham-faham yang dikongsi oleh kesemua tamadun. Beliau mempunyai kelulusan peringkat MA dalam bidang Falsafah Politik dan bertugas sebagai Pengarah Penerbitan di WHE.

## Garis masa

- **c. 250 CE - 710 CE**: The Yamato Period in [ancient Japan](https://www.worldhistory.org/Ancient_Japan/), consisting of the [Kofun Period](https://www.worldhistory.org/Kofun_Period/) and [Asuka Period](https://www.worldhistory.org/Asuka_Period/).
- **c. 531 CE - 571 CE**: Reign of Emperor Kimmei in [Japan](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Japan/).
- **535 CE - 539 CE**: Reign of Emperor Senka in [Japan](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Japan/).
- **538 CE**: Alternative date to 552 CE for the introduction of [Buddhism](https://www.worldhistory.org/buddhism/) to [Japan](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Japan/) from [Korea](https://www.worldhistory.org/Korea/).
- **538 CE - 710 CE**: The [Asuka Period](https://www.worldhistory.org/Asuka_Period/) in [ancient Japan](https://www.worldhistory.org/Ancient_Japan/).
- **552 CE**: Traditional date for the introduction of [Buddhism](https://www.worldhistory.org/buddhism/) to [Japan](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Japan/) from [Korea](https://www.worldhistory.org/Korea/).
- **572 CE - 585 CE**: Reign of Emperor Bidatsu in [Japan](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Japan/).
- **585 CE - 587 CE**: Reign of Emperor Yomei in [Japan](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Japan/).
- **587 CE**: The Soga clan establish control of government in [Japan](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Japan/).
- **587 CE - 592 CE**: Reign of Emperor Sushun in [Japan](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Japan/).
- **592 CE - 628 CE**: Reign of Empress Suiko, [Japan](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Japan/)'s first empress.
- **593 CE**: The Shitennoji [Buddhist](https://www.worldhistory.org/buddhism/) [temple](https://www.worldhistory.org/temple/) is built in [Japan](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Japan/).
- **594 CE - 622 CE**: Reign of [Prince Shotoku](https://www.worldhistory.org/Prince_Shotoku/) as regent for Japanese Empress Suiko.
- **596 CE**: The Hokoji [Buddhist](https://www.worldhistory.org/buddhism/) [temple](https://www.worldhistory.org/temple/) is built in [Japan](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Japan/).
- **604 CE**: [Prince Shotoku](https://www.worldhistory.org/Prince_Shotoku/) draws up his Seventeen Article Constitution in [Japan](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Japan/).
- **c. 607 CE**: [Prince Shotoku](https://www.worldhistory.org/Prince_Shotoku/) of [Japan](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Japan/) sends the first of many official embassies to [Sui](https://www.worldhistory.org/Sui_Dynasty/) [China](https://www.worldhistory.org/china/).
- **607 CE**: The [Horyuji](https://www.worldhistory.org/Horyuji/) [Buddhist](https://www.worldhistory.org/buddhism/) [temple](https://www.worldhistory.org/temple/) is built in [Nara](https://www.worldhistory.org/Nara/), [Japan](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Japan/) during the reign of Regent [Prince Shotoku](https://www.worldhistory.org/Prince_Shotoku/).
- **629 CE - 641 CE**: Reign of Emperor Jomei in [Japan](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Japan/).
- **642 CE - 645 CE**: Reign of Empress Kogyoku in [Japan](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Japan/).
- **645 CE**: The Japanese capital is moved from Asuka to Naniwa.
- **645 CE**: [Fujiwara](https://www.worldhistory.org/Fujiwara_Clan/) no Kamatari leads a coup d'etat in [Japan](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Japan/), removing the Soga clan from power.
- **645 CE - 654 CE**: Reign of Emperor Kotoku in [Japan](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Japan/).
- **655 CE - 661 CE**: Reign of Empress Saimei in [Japan](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Japan/).
- **661 CE - 671 CE**: Reign of Emperor Tenji in [Japan](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Japan/).
- **671 CE - 672 CE**: Reign of Emperor Kobun in [Japan](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Japan/).
- **671 CE - 672 CE**: The Jinshin Incident in [Japan](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Japan/) which establishes Temmu as emperor.
- **672 CE - 686 CE**: Reign of Emperor Temmu in [Japan](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Japan/).
- **686 CE - 697 CE**: Reign of Empress Jito in [Japan](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Japan/).
- **694 CE - 710 CE**: Fujiwarakyo is made the Japanese capital.
- **697 CE - 707 CE**: Reign of Emperor Mommu in [Japan](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Japan/).
- **707 CE - 715 CE**: Reign of Empress Gemmei in [Japan](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Japan/).
- **708 CE**: [Japan](https://www.worldhistory.org/disambiguation/Japan/)'s first [coinage](https://www.worldhistory.org/coinage/), the Wado kaiho, is introduced.
- **710 CE**: The Japanese capital is moved from [Fujiwara](https://www.worldhistory.org/Fujiwara_Clan/)-kyo to [Nara](https://www.worldhistory.org/Nara/) (aka Heijokyo).

## Petik Karya Ini

### APA
Cartwright, M. (2020, June 11). Zaman Asuka. (A. Zayyanid, Penerjemah). *World History Encyclopedia*. <https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-15913/zaman-asuka/>
### Chicago
Cartwright, Mark. "Zaman Asuka." Diterjemahkan oleh Amir Zayyanid. *World History Encyclopedia*, June 11, 2020. <https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-15913/zaman-asuka/>.
### MLA
Cartwright, Mark. "Zaman Asuka." Diterjemahkan oleh Amir Zayyanid. *World History Encyclopedia*, 11 Jun 2020, <https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-15913/zaman-asuka/>.

## Lesen &amp; Hak Cipta

Dihantar oleh [Amir Zayyanid](https://www.worldhistory.org/user/amirzayyanid/ "User Page: Amir Zayyanid"), disiarkan pada 11 June 2020. Sila semak sumber asal untuk maklumat hak cipta. Sila ambil perhatian bahawa kandungan yang dipautkan dari halaman ini mungkin mempunyai terma lesen yang berbeza.

